Mayat Nurio Matsuba, 76, dan isterinya, Hiroko, 73 ditemukan pada 4 September lalu oleh anak angkat mereka di Jimbaran, sebuah perkampungan nelayan dan kawasan peranginan di selatan Bali.

Ketua Polis Denpasar, Hadi Purnomo berkata, polis mengesyaki pembunuhan tersebut telah dirancang dan sedang memburu lebih daripada satu suspek selepas menemubual 42 saksi termasuk keluarga dan rakan perniagaan mangsa.-AFP