Sandeep Shashi mendapati kaedah tersebut lebih berkesan untuk memberi kesedaran kepada penunggang motosikal tentang kepentingan alat tersebut untuk keselamatan mereka.

“Sejak empat tahun lalu, saya sering memberitahu penunggang untuk memakai topi keledar. Namun, cara itu tidak menjadi.

“Pada satu hari, saya menunggang tanpa memakainya dan terlihat diri sendiri di cermin. Saya berasa malu.

“Kemudian saya terfikir, jika penunggang lain terlihat diri sendiri tidak memakai topi keledar, mereka juga akan malu dan mula memakainya,” katanya.

Sandeep mendakwa kaedah itu berkesan. Katanya ramai memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.-AFP