Polis dalam kenyataan berkata, sekitar 600 anak muda berhimpun di jalan beli-belah popular Zeil yang mana mereka mula berlari tanpa memikirkan pejalan kaki yang lain.

“Sehubungan itu, arahan kepada penganjur agar bersurai dikeluarkan namun seorang pegawai polis tiba-tiba ditumbuk oleh seorang remaja berusia 17 tahun.

“Polis kemudian menangkap remaja itu dan kemudian sesetengah daripada kumpulan mereka mula melontar batu mengenai tiga anggota dan menyebabkan seorang cedera ringan,” katanya. - AFP