Menurut Ketua Pegawai Perubatan England, Sally Davies berkata, kedua-dua tempat itu dikunjungi oleh Skripal sebelum dia ditemukan pengsan di Salisbury, barat daya negara ini minggu lalu.

Seramai 500 orang yang mengunjungi pub The Mill dan restoran Zizzi di Salisbury diminta untuk mencuci pakaian serta barangan milik mereka sebagai tanda berjaga-jaga.

Sergei dan anak perempuannya, Yulia ditemukan terbaring di bangku pada 4 Mac lalu dan sehingga kini, keadaan mereka dilaporkan masih lagi kritikal. - AFP