Tindakan itu adalah susulan kepada penangkapan kakitangan syarikat tersebut dan seorang lelaki warga Poland yang didakwa menjadi pengintip bagi kerajaan China.

Wakil kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan siber, Karol Okonski berkata setakat ini belum ada perubahan polisi secara mendadak dilakukan terhadap syarikat telekomunikasi gergasi tersebut.

Namun katanya penggunaan produk yang dikeluarkan syarikat itu mungkin akan dikaji semula.

“Kita akan kaji sama ada keputusan memerlukan penggunaan produk Huawei dihentikan,” katanya.-REUTERS