Planet berkenaan yang dianggarkan bersaiz 3.2 kali lebih besar berbanding Bumi, dilihat mengelilingi Bintang Barnard.

Bintang Barnard merupakan bintang dingin dan berjisim rendah, terletak kira-kira enam tahun cahaya dari sistem solar Bumi.

Super Bumi dipercayai me­ngelilingi Bintang Barnard setiap 233 hari.

“Selepas menjalankan analisis secara menyeluruh, kami 99 peratus yakin bahawa pla­net itu terdapat di situ.

“Bagaimanapun, kami akan terus memantau bintang tersebut bagi membuang sebarang kemungkinan sekiranya ia me­nyamar menjadi planet,” kata penyelidik di Institut Kajian Angkasa Catalonia dan Institut Sains Angkasa, Ignasi Ribas dalam satu kenyataan.

Planet yang baru dikesan itu mungkin tidak sesuai diduduki berikutan suhu permukaannya yang mencecah-170 darjah Celcius.

Selain itu, Bintang Barnard juga hanya mampu membe­kalkan tenaga sebanyak dua pe­ratus berbanding tenaga yang dibekalkan oleh Matahari kepada Bumi. – REUTERS