Jurucakap PIA, Mashood Tajwar berkata, pemecatan tersebut dibuat termasuk membatalkan lesen juruterbang berkenaan.

“PIA telah memecat 50 kakitangan termasuk tiga juruterbang yang memegang ijazah sekolah tinggi palsu.

“Sekurang-kurangnya enam lagi juruterbang telah dipecat sebelum ini atas alasan yang sama,” katanya.

PIA yang dianggap sebagai pemimpin global dalam penerbangan komersil sehingga 1970an telah menanggung hutang yang tinggi dan dilanda banyak kontroversi kebelakangan tahun ini.

PIA dikecam banyak pihak ketika mengorbankan seekor kambing bersebelahan kapal terbang jenis ATR bagi membuang nasib buruk seminggu selepas sebuah kapal terbangnya terhempas mengakibatkan 47 orang maut pada 2016. - AFP