Insiden berkenaan bermula pada Sabtu lalu di My Duc apabila pihak berkuasa bertempur dengan penduduk kampung yang mendakwa tanah mereka telah dirampas untuk dijual oleh sebuah firma telekomunikasi yang dimiliki pihak tentera.

Penduduk tempatan memberitahu AFP, mereka telah menutup laluan ke kampung berkenaan dengan kayu balak, guni pasir dan batu bata serta melarang pihak luar memasuki kampung itu.

Sebelum ini, penduduk kampung menahan 38 anggota polis namun tiga daripada berjaya melarikan diri manakala 15 lagi dibebaskan kelmarin. - AFP