Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia, pesawat Su-30SM terhempas di laut Mediterranean dan siasatan awal mendapati nahas itu berpunca daripada seekor burung yang terjatuh dalam enjin pesawat terbabit.

Kemalangan terbaharu itu menjadikan jumlah anggota tentera Rusia yang terkorban di Syria meningkat kepada 86 orang.

Sebelum ini sebuah kapal terbang pengangkut terhempas semasa mendarat di pangkalan yang sama pada Mac lalu menyebabkan kesemua 39 penumpang terkorban. - AFP

habis.