Menurut polis, penumpang wanita berusia 80 tahun itu terpaksa ditahan untuk disoal siasat selepas dipercayai membaling beberapa keping siling ke arah enjin pesawat terbabit untuk mendapatkan ‘nasib yang baik’.

Selain penerbangan yang tertangguh selama beberapa jam ekoran tindakan wanita itu, hampir kesemua 150 penumpang juga terpaksa dibawa keluar daripada pesawat tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bagi memastikan penerbangan itu selamat, pasukan penyelenggaraan pesawat telah ditugaskan untuk membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap enjin pesawat berkenaan,” kata China Southern Airlines dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pesawat tersebut kemudian dibenarkan berlepas selepas pemeriksaan rapi dijalankan. -AFP