Kedua-dua mayat berkenaan ditemukan seminggu selepas wujud dakwaan abang kandung wanita tersebut mengarahkan pembunuh upahan membunuh mereka.

Alan Hogg ditembak mati manakala isterinya, Nhot Suddaen dipukul dengan tukul di villa mereka, utara wilayah Phrae.

Dua suspek telah ditahan dan waran tangkap untuk dua suspek lagi telah dikeluarkan termasuk abang kandung Nhot, Varut Rattanasajjakit.

“Motif pembunuhan ialah konflik keluarga yang berlarutan,” kata komander polis di Phrae, Manas Kerdsukho. - AFP