Hasil penyelidikan ter­sebut diterbitkan da­lam Jurnal Perubatan New England kelmarin manakala Jurnal Nature Medicine melaporkan seorang pesakit lumpuh di Minnesota juga berjaya berjalan semula setelah melalui proses elektrod diimplan dalam saraf tunjang­nya.

Pusat Kajian Kecederaan Sa­raf Tunjang Kentucky di Universiti Louisville pada 2014 melaporkan bahawa beberapa pesakit lumpuh sudah semakin pulih setelah menjalani proses stimulasi elektrik.

Laporan terbaharu pula me­nyatakan dua pesakit boleh berjalan menggunakan tongkat atau alat bantuan selepas menjalani proses stimulasi elektrik saraf tunjang.

Menurut ketua pengkaji, ke­empat-empat pesakit tersebut sebelum ini tidak boleh berjalan, du­duk atau berdiri apa­­bila stimulasi tersebut ditutup.

Pengarah pusat kajian tersebut, Susan Harkema pula memberitahu ba­hawa proses stimulasi itu boleh dikaitkan dengan fakta mengenai pesakit lumpuh masih boleh mengekalkan sensasi pergerakan di bawah tahap kecede­raan mereka.

“Para saintis boleh me­ngembalikan fungsi saraf tunjang biarpun kecede­raan yang dihidapi pesakit tidak berhubung dengan otak,” katanya.

Seorang daripada pe­sakit yang boleh berjalan, Kelly Thomas menyifatkan kejayaannya berjalan semula adalah momen yang paling indah dan mengharukan.

Dia kini tidak perlu lagi tinggal di pusat pemulihan dan dibenarkan pulang ke rumah. – AFP