Helikopter membawa penyampai berita berusia 66 tahun itu dirempuh sebuah lori di sebuah bulatan sekitar pukul 12:14 tengah hari, waktu tempatan.

Beliau dikatakan dalam perjalanan dari Campinas, dekat Sao Paolo sebelum helikopter dinaikinya dirempuh lori ketika mendarat cemas di atas sebuah jalan, dekat sini.

Kemalangan itu berlaku beberapa jam selepas program radio pagi dikendalikan Boechat tamat.

Juruterbang helikopter tersebut juga terbunuh dalam insiden tersebut.

Sementara itu, pemandu lori berkaitan berjaya diselamatkan anggota perubatan dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital tempatan.-AGENSI