Menurut laporan BBC.com, pe­ranti itu hanya memerlukan beberapa kesan kelembapan peluh pesakit bagi mendapatkan sampel penyakit.

Peranti berkenaan mempunyai sensor fleksibel dan pemproses mikro yang melekat pada kulit serta merangsang kelenjar peluh.

Selain itu, peranti tersebut bo­leh mengesan kehadiran molekul yang berbeza dan ion dalam peluh manusia.

Sebagai contoh, peluh yang mengandungi lebih klorida menjana voltan elektrik lebih tinggi pada permukaan sensor.

Manakala, tahap ion klorida yang tinggi berkemungkinan mampu mengesan pe­nyakit sistik fibrosis, manakala paras glukosa tinggi adalah tanda-tanda kencing manis.

Walau bagaimana­pun, timbul isu ber­kaitan peluh sese­orang manusia ber­­ubah de­­-
ngan lebih kerap ber-
gantung kepada pe­makanan dan faktor lain.

Disebabkan itu, para penyelidik berharap mereka dapat mempelajari lebih da-
lam lagi mengenai molekul tertentu peluh yang boleh dikesan bagi membekalkan maklumat berguna pada masa akan datang.