BBC melaporkan, perubahan itu membolehkan Perancis menjadi satu daripada negara yang mewajibkan persekolahan pada peringkat umur paling muda di Eropah.

Pembaharuan itu, bagaimanapun hanya melibatkan sejumlah kecil kanak-kanak ketika majo­riti keluarga di Perancis telahpun menghantar anak-anak mereka ke sekolah ketika berusia tiga tahun lagi.

Berdasarkan data diperoleh ke­rajaan, hanya 2.4 peratus kanak-kanak tidak mendaftar persekolahan mereka pada usia itu.

Macron berkata, perubahan itu bertujuan mengurangkan ketidakseimbangan dalam pendi­dikan ketika ibu bapa di kawasan miskin Perancis dan wilayah luar negara tidak cende­rung menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada usia lebih awal.

Di Paris, sebanyak 93 peratus kanak-kanak berusia tiga tahun didaftar bersekolah tetapi angkanya adalah jauh lebih rendah di beberapa buah wilayah lain di Perancis.

“Saya harap dengan kewajipan ini, bermula pada sesi perseko­lahan 2019, kita boleh memperbe­tulkan perbezaan ini,” katanya, semalam.

Macron pada masa sama memuji perubahan itu sebagai titik permulaan dalam sistem pendidikan Perancis.