Namun siapa sangka penyewa yang tidak mendatangkan masalah dengan membayar se­wa mengikut masa meninggalkan ‘buah tangan’ yang tidak disangka-sangka di kediamannya.

KEADAAN tandas rumah yang disewa seorang wanita terlalu kotor
KEADAAN bilik yang disewa seorang wanita berhabuk dan kotor di Bangkok,baru-baru ini.

Apa yang mengejutkan pemilik ialah apabila melihat tandas dengan kotoran hitam meliputi mangkuk tandas, sinki, dinding dan lantai seolah-olah ia tidak pernah dicuci.

Perkara itu diceritakan oleh tuan rumah, Nathalie Ruangdet yang memuat naik gambar tersebut dalam akaun Facebooknya, baru-baru ini.

Menurutnya, wanita itu tiba-tiba berpindah dengan meninggalkan kunci kepada pengawal keselamatan tanpa bertemunya.

Katanya, dia melihat pangsapuri miliknya umpama tidak pernah dibersihkan langsung.

“Keadaan rumah itu sangat teruk seperti telah lama ditinggalkan namun jiran mengesahkan penyewa tinggal sepanjang masa.

“Kami tertanya-tanya bagai­mana dia dapat tinggal dalam bilik seperti itu,” katanya sebagaimana lapor portal Asia One, baru-baru ini. –AGENSI