Operasi serbuan yang kerap dijalankan terhadap bot-bot nelayan di Sungai Naf, telah membawa kepada rampasan pil methamphetamine atau yaba secara besar-besaran.

Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) di bandar Teknaf telah merampas kira-kira 5.16 juta methamphetamine dan 3.47 juta pil berjaya dirampas oleh pengawal pantai sejak 1 Januari lalu.

“Dalam satu serbuan pada 15 Mac lalu, kami merampas 1.8 juta pil yaba yang ditinggalkan di dalam empat kantung di Sungai Naf. Ini adalah rampasan terbesar pil yaba dilakukan BGB,” kata komander pengawal sempadan, Leftenan Kolonel Asadud Zaman Chowdhury.

Dalam pada itu, sebanyak 11 penyeludup dadah berjaya ditahan pada bulan ini, termasuk tujuh etnik Rohingya. - AFP