Lapor BBC memetik Putera Turki al-Faisal sebagai berkata, tindakan itu akan memberikan impak negatif selain mengukuhkan pengaruh Iran, Rusia serta Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Turki berkata demikian di hadapan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang memulakan lawatan ke Riyadh semalam.

Jelasnya, komuniti antarabangsa patut dipersalahkan kerana mengabaikan rakyat Syria dan pengunduran tentera AS hanya memburukkan lagi keadaan.

Selain itu, menurut Turki, peletakkan jawatan bekas Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis pada bulan Disember turut mengeruhkan situasi semasa.