Suspek, Felix Dorfin, 35, berjaya melarikan diri petang semalam di pusat tahanan tersebut, di mana lelaki itu sedang menunggu perbicaraan bagi kes yang berdepan hukuman mati.

“Dia melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua di pusat tahanan, menggunakan sarung dan langsir yang diikat bersama, dia turun dan kemudian melarikan diri,” kata jurucakap polis Nusa Tenggara Barat, I Komang Suartana.

Polis percaya Dorfin masih di Lombok dan telah mengerahkan pasukan keselamatan untuk mengesannya.

Dia ditahan pada September tahun lalu selepas membawa beg pakaian palsu yang padat dengan empat kilogram dadah termasuk kokain, ekstasi dan amphetamine di lapangan terbang. – AFP