Cho Yang-ho, yang ketika ini sedang dibicarakan susulan skandal rasuah, gagal memperoleh majoriti dua pertiga undian, sekali gus menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat konglomerat negara ini dipaksa meletakkan jawatan.

Hartawan berusia 70 tahun itu juga merupakan pengerusi Kumpulan Hanjin dan menguasai 30 peratus pegangan saham Korean Air menerusi syarikat utamanya, Hanjin Kal.

Menurut jurucakap Korean Air, Yang-ho masih lagi mempunyai kuasa terhadap syarikat tersebut meskipun sudah dilucutkan jawatannya.

“Beliau mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi dan merupakan pemegang saham terbesar Korean Air, jadi beliau akan terus terlibat dalam pengurusan syarikat,” ujar jurucakap berkenaan. - AFP