Protes berkenaan menyebabkan Ramallah, Hebron dan beberapa bandar Palestin lain tutup.

Beberapa ribu orang berhimpun di luar Syarikat Keselamatan Sosial di Ramallah, di mana terletaknya pentadbiran kerajaan Presiden Mahmud Abbas.

Di bawah sistem baharu itu, kakitangan swasta dan majikan mereka perlu membayar sejumlah wang kepada dana yang diuruskan oleh kerajaan.

Pekerja swasta kemudiannya akan menerima pencen ketika mereka bersara.

Penunjuk perasaan berkata mereka tidak percaya kerajaan Palestin akan dapat mengawal dana tersebut dan tiada sebarang jaminan. - AFP