Lapor Oddity Central, bukan itu sahaja, beberapa perkara perlu diketahui mengenai tempat tersebut kerana bukan sahaja terletak jauh dari tamadun manusia dan keadaan cuaca melampau sehingga penduduk perlu lulus ujian psikologi bagi membuktikan mereka boleh tinggal untuk jangka masa panjang.

Pada musim sejuk, seluruh tempat akan tertimbus di bawah salji setebal beberapa meter dan waktu siang hari digantikannya dengan waktu senja hanya beberapa minit sahaja.

Suhu purata ialah -2.3 darjah Celsius, tetapi boleh turun kepada -47 darjah Celsius pada musim sejuk, menyebabkan hampir mus­tahil untuk melangkah keluar dari rumah bak kontena.

Villa Las Estrellas kini didiami lebih daripada 80 penduduk, ter­utamanya anggota tentera udara Chile dan keluarga mereka, dengan semua penduduk berusia enam tahun ke atas tidak mempunyai apendiks.

Keperluan membuang organ berpotensi menimbulkan ma­sa­lah yang dilakukan melalui pembedahan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini kerana, bandar berais ini terletak di Pulau King George, 120 kilometer (km) dari pantai Antartika, dengan hospital terdekat le­bih 1,000 km jauhnya, membuang apendiks penduduk dapat mengurangkan risiko pemindahan kecemasan.

Villa Las Estrellas mempunyai hospital sendiri tetapi dikendalikan oleh seorang petugas yang tidak dapat menangani pembedahan kecemasan, dan angin di sini bertiup sehingga 200 km sejam, hujan ais dan lain-lain fenomena meteorologi melampau, untuk berlepas dengan Pesawat Hercules C-130 di landasan kerikil adalah sukar.

“Kami mesti bersedia untuk membantu seseorang terus hidup untuk dua atau tiga hari iaitu masa yang biasanya diambil oleh pesawat untuk berlepas dari sini,” kata Sergio Cubillos, komander pangkalan udara tentera, kepada EFE.

Atas sebab yang sama, hamil di Villa Las Estrellas tidak dilarang tetapi tidak digalakkan.

Namun mengapa Villa Las Estrellas terus didiami, ini kerana kerajaan Chile menawarkan insentif kewangan cukup besar kepada peneroka yang sanggup menghabiskan beberapa tahun di komuniti terpencil ini, dan mereka sukar untuk menolaknya.