Menurut ringkasan edisi terbaru Buku Hijau Kependudukan dan Buruh yang diterbitkan oleh Akademik Sains Sosial China (CASS), penduduk China dijangka kembali kepada 1.36 bilion menjelang pertengahan abad ini dan barangkali berlaku penurunan tenaga kerja sebanyak 200 juta.

Laporan itu turut meminta, negara yang paling padat di dunia itu perlu membuat dasar untuk mengatasi masalah buruh yang dijangka semakin menurun dan penduduk yang semakin tua.

Mengikut ramalan sebelumnya, populasi warga tua China dijangka mencapai 400 juta menjelang akhir tahun 2035, meningkat daripada sekitar 240 juta pada tahun lalu.- REUTERS