Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pen kenal pasti kanser dalam 10 saat

MasSpec Pen  mempunyai ketepatan sehingga 96 peratus mengenal
MasSpec Pen mempunyai ketepatan sehingga 96 peratus mengenal pasti penyakit kanser.

TEXAS 7 Sept. – Sebatang pen dilengkapi dengan teknologi tinggi mampu mengenal pasti penyakit kanser dalam tempoh 10 saat yang dicipta oleh sekumpulan saintis di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

BBC melaporkan, kumpulan saintis dari Universiti Texas itu berjaya mencipta pen dikenali sebagai MasSpec Pen dan mempunyai ketepatan sehingga 96 peratus.

Menurut seorang profesor dari Universiti Texas, Livia Eberlin, pen itu dipasang dalam spektrometer massa yang merupakan sekeping kit untuk mengukur jisim bahan kimia setiap saat.

Jelasnya, seseorang boleh menentukan sama ada pesa­kit itu memiliki tisu sihat atau mempunyai simptom kanser hanya dengan meletakkan cap jari pada kit itu.

“Kami sungguh teruja dengan teknologi ini, berguna dan sa­ngat membantu. Dengan sekelip mata kita dapat keputusan jika seseorang i­­tu mempunyai kan­ser.

“Seperti kita semua maklum, kanser sangat sukar untuk di­kenal pasti terutamanya pada peringkat awal. Namun MasSpec Pen ini mampu mengenal pasti tisu sihat atau sebaliknya,” katanya.

Menurut beliau, alat berteknologi tinggi itu mudah diguna, mana-mana doktor pakar boleh memiliki pen ini bagi membantu pesakit mereka dalam masa singkat.

Teknologi tersebut telah diuji pada 253 sampel sebagai sebahagian daripada kajian.

Ketika ini, perancangan para saintis adalah untuk meneruskan kajian sebelum dikeluarkan dalam pasaran.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain