Menurut UNRWA, sebanyak 711 sekolah di bawah agensi berkenaan dibuka semula di Gaza dan Tebing Barat selain di Jordan, Lebanon serta Syria.

Walau bagaimanapun, ujar UNRWA, kesemua sekolah tersebut berkemungkinan terpaksa ditutup semula sekiranya tiada dana bantuan tambahan disalurkan.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk meneruskan operasi sekolah selepas hujung bulan hadapan.

“Pada akhir bulan hadapan, UNRWA akan menjalankan operasi dengan ‘poket kosong’ ke atas semua perkhidmatannya, termasuklah sekolah dan kemudahan perubatan.

Tahun lalu, AS, yang merupakan penyumbang tunggal terbesar UNRWA, menyalurkan dana sebanyak lebih AS$350 juta (RM1.4 bilion).

Namun pada tahun ini, AS hanya memberikan dana sebanyak AS$65 juta (RM266 juta) selepas Trump memutuskan untuk menyekat bantuan untuk penduduk Palestin. - AFP