Kedua-dua wanita yang namanya tidak didedahkan memasuki zon larangan lapang terbang Suvarnabhumi pada 14 September lalu menggunakan pas keselamatan.

Rancangan mereka berjaya sehinggalah salah seorang wanita itu mendedahkan kejayaan mereka dalam Instagram sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan lapangan terbang terbabit.

Rakaman kamera menunjukkan seorang pegawai kastam menyerahkan pas keselamatan kepada kedua-dua wanita itu dan membawa mereka ke kawasan larangan yang merupakan lokasi ketibaan aktor tersebut.

Jika didapati bersalah, kedua-dua tertuduh boleh didenda dan dipenjarakan sehingga lima tahun. - AFP