Bagaimanapun pemimpinnya, Haibatullah Akhundzada berkata, ‘pintu rundingan’ bersama Amerika Syarikat (AS) masih dibuka.

Mesej jarang daripada Haibatullah itu datang selepas dialog pusingan keenam dipimpin AS yang tamat pada bulan lalu di Qatar.

“Pintu-pintu dialog dan perundingan kekal dibuka dan ketika ini, pasukan rundingan (Taliban)... sedang berunding dengan pihak AS,” katanya.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mencadangkan genjatan senjata seluruh negara pada awal Ramadan tetapi ditolak Taliban. - AFP