Larangan itu dikenakan selepas Thanathorn Juangroongruangkit terbabit dalam berpuluh pendakwaan.

Salah satu daripada kes berkenaan adalah dakwaan beliau mempunyai saham dalam sebuah syarikat media ketika bertanding pada pilihan raya umum baru-baru ini, sekali gus melanggar undang-undang pilihan raya.

Menurut mahkamah dalam satu kenyataan dikeluarkan, status Thanathorn sebagai ahli Parlimen turut digantung sehingga perbicaraan ke atas dirinya selesai. - AFP