Penyokong Navalny berkata, pemimpin itu ditahan ketika beliau sedang melangkah keluar daripada penjara dan hadir di mahkamah petang semalam dan didapati bersalah menganjurkan demonstrasi pada 9 September lalu.

Navalny menafikan kepada mahkamah bahawa beliau terlibat dalam tunjuk perasaan haram pada 9 September kerana pada masa itu sedang dipenjarakan namun penjelasannya ditolak mahkamah. - REUTERS