Rangka mayat lelaki berkenaan ditemukan oleh renjer di kawasan tersebut, selepas menjalankan pencarian di udara dan darat selama dua hari.

Menurut jurucakap Taman Negara Kruger, renjer dimaklumkan mengenai kejadian tersebut selepas rakan subahat mangsa memberitahu keluarga lelaki tersebut bahawa dia mati dipijak oleh gajah. - AFP