Erdogan memberi­tahu, pihaknya sudah berbincang mengenai kes pembunuhan Jamal bersama barisan kepemimpinan Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Jerman di Paris hujung ming­gu lalu.

“Kami memainkan rakaman audio itu kepada semua pihak termasuk Arab Saudi, AS, Pe­rancis, Kanada, Jerman dan Britain.

“Rakaman itu benar-benar mengerikan sehinggakan ada seorang pegawai perisikan Arab Saudi berasa terkejut dan menyatakan hanya orang yang mengambil dadah akan melakukan perbuatan keji itu (membunuh Kha­shoggi),” katanya.

Selain itu, Erdogan yakin pembunuhan itu sudah dirancang dan arahannya dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Riyadh dan menolak kemungkinan penglibatan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

Hal demikian kerana beliau amat menghormati Mohammed sebagai pemimpin Arab Saudi.

“Mohammed memaklumkan akan menjelaskan tentang insiden tersebut dan melakukan apa yang patut serta meminta semua pihak bersabar sementara siasatan dilakukan,” jelasnya. – AFP/REUTERS