Itu adalah antara kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang pembunuh wartawan Washing­ton Post, Jamal Kha­shoggi di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di sini pada 2 Oktober lalu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendedah­kan, kenyataan yang dibuat pembunuh terbabit dikenal pasti menerusi satu rakaman suara yang dikongsi kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Kita mahu AS, Jerman, Perancis, Kanada dengar. Lelaki itu secara jelas mengaku dia pandai memotong.

“Dia adalah seorang anggota tentera. Semua ini ada dalam rakaman itu,” katanya.

Erdogan tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan rakaman tersebut.

Selain itu, Erdogan turut menyelar pihak berkuasa Arab Saudi kerana sering menukar kenyataan berkaitan pembunuhan Jamal.

Jamal dibunuh pada 2 Oktober lalu ketika mengunjungi ba­ngunan Konsulat Arab Saudi di sini untuk mengambil dokumen penting berkaitan urusan perkahwinannya.

Kes tersebut men­cetuskan kemarahan dunia dan pada masa yang sama mencacatkan reputasi Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Raya menegaskan, Jamal didakwa dilemaskan pembunuhnya di konsulat sebelum mayatnya dikerat dan dibuang.

Mayatnya masih tidak ditemukan sehingga kini.

Dalam pada itu di Washing­ton, Presiden AS, Donald Trump ditegur Senat kerana menyebelahi Mohammed dalam kes tersebut. – REUTERS