Reuters melaporkan, Presiden Kongres, Rahul Gandhi berkata, program bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 250 juta penduduknya.

“Ini adalah idea yang sangat kuat, dinamik dan telah difikirkan dengan sebaik-baiknya,” katanya yang akan melaksanakan program tersebut secara berperingkat-peringkat.

Dalam pada itu, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang disertai Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan pembangkang tidak akan berjaya melaksanakan program bantuan tersebut.

BJP dalam satu kicauan di Twitter berkata, parti itu menjanjikan pemberian 6,000 rupee setahun (RM354) kepada 120 juta petani miskin dan potongan cukai kepada golongan pertengahan,

Mereka juga telah melancarkan insurans kesihatan murah bagi golongan miskin. -AGENSI