Namun menurut Metro.co.uk, keadaan itu tidak mematahkan semangat seorang pemandu Uber untuk mencuba kelainan.

Menurut seorang penum­pang dikenali sebagai Lui, dia memperoleh pengalaman menarik dan unik ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing tersebut.

Menerusi Twitter, Lui menceritakan bagaimana pemandu Uber tersebut yang dikenali sebagai George memberikannya satu senarai jenis pemanduan yang diingini.

Antara jenis-jenis pemanduan yang disenaraikan termasuk dalam beberapa kategori seperti kelakar, senyap, terapi, menakutkan dan biadab.

Bagi pemanduan jenis kelakar, George akan bercerita tentang pelbagai cerita lawak, manakala bagi pemanduan senyap, pemandu dan penumpang tidak akan saling berkomunikasi.

Pemanduan jenis menakutkan pula lebih kurang seperti pemanduan senyap, namun George akan memberikan pandangan yang menakutkan kepada penumpangnya menerusi cermin belakang.

Bagi pemanduan jenis bia­dab, George memaklumkan dia akan ‘berusaha menjadi kurang ajar selagi boleh’ bagi memberi pengalaman yang berbeza kepada setiap penumpangnya.

Bagaimanapun, George me­nyatakan dalam senarai tersebut bahawa dia mengutamakan keselamatan setiap penumpang dan memastikan mereka sentiasa memakai tali pinggang kese­lamatan.

Selepas Lui berjaya menjejaki George, lelaki itu meminta pemandu Uber berkenaan membuat akaun Twitter dan memuat naik gambar senarai jenis pemanduan itu.

Seperti yang dijangka, senarai itu mendapat perhatian ba­nyak pihak dan ada yang tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan George. – AGENSI