Apatah lagi kerjaya sebagai pemandu trak yang selalu dikaitkan dengan kerja lasak dan tidak sesuai dengan keperibadian seorang wanita yang disifatkan lembut.

Namun lain pula bagi gadis kelahiran Kochi Prefecture, Rino Sasaki yang menceburi bidang ini sejak tujuh tahun lalu.

Portal Oddity Central melaporkan, Rino, 28, yang ‘dinobatkan’ sebagai pemandu trak tercantik di Jepun itu kini mempunyai 14,600 pengikut dalam laman sosial Instagram dan mencuri tumpuan penduduk Jepun.

Mengimbau keterlibatannya di dalam kerjaya ini, Rino sebelum ini bekerja sebagai guru kelas tarian tradisonal sehingga bapanya jatuh sakit.

Bermula detik itu, dia terpaksa belajar memandu lori dan mendapatkan lesen bagi meneruskan ‘legasi’ bapanya yang juga seorang pemandu trak.

Pada awalnya, dia hanya mahu menemani bapanya untuk jarak perjalanan yang jauh, namun lama-kelamaan dia jatuh cinta terhadap kerjaya itu dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang itu sepenuh masa. -AGENSI