Hakim Mark Weinberg menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah satu pembunuhan besar-besaran terburuk di negara itu.

Menurutnya, tertuduh yang dibawah pengaruh syabu menyedari tindakannya pada waktu kejadian itu.

Pada Januari tahun lalu, James Gargasoulas, 29, menyerang menggunakan kereta di kawasan membeli-belah Bourke Street yang mengorbankan enam orang termasuk bayi berusia tiga bulan, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, pelajar Jepun dan berbelas lagi yang cedera.

Saksi kejadian mengambarkan ‘badan berterbangan di udara dan orang ramai berlarian untuk mengelak kenderaan laju yang dipandu tertuduh. - AFP