Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelampau kulit putih: White House pertahan komen Trump

anggota nasionalis kulit putih, neo-Nazi dan alt-right bertempur 2
Anggota nasionalis kulit putih, neo-Nazi dan alt-right bertempur dengan penunjuk perasaan ketika mereka masuk ke Lee Park semasa perhimpunan Unite the Right di Charlottesville, Virginia, baru-baru ini. AFP.

WASHINGTON 14 Ogos – Pentadbiran White House mempertahankan komen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebelumnya dikritik kerana lambat mengecam tindakan kumpulan pelampau dalam bantahan bertukar ganas di Virginia pada Sabtu lalu.

Seorang wanita maut manakala lebih 19 orang mengalami ke­­ce­deraan di bandar Charlottesville apa­­bila sebuah kereta merempuh orang ramai selepas satu perhimpunan anggota Ku Klux Klan dan anggota nasionalis kulit putih lain.

Rata-rata ahli politik dan aktivis berhaluan kiri dan kanan mengkritik Trump kerana sengaja menunggu terlalu lama untuk memberikan reaksinya kerana sibuk bermain golf ketika insiden tersebut.

Trump juga didakwa gagal me­ngecam penunjuk perasaan pelampau kulit putih yang mencetuskan kekecohan itu.

Pentadbiran White House ber­­kata kenyataan awal Trump yang tidak menyebut kumpulan pelampau kulit putih, sebenarnya telah mengambil kira golongan berke­naan.

Presiden berkata dengan tegas dan kenyataannya semalam beliau mengutuk semua bentuk keganasan dan kebencian termasuk pe­lampau kulit putih, KKK, neo-Nazi dan semua kumpulan pelampau.

“Beliau menggesa perpaduan dan penyatuan semua rakyat Amerika Syarikat,” ujar kenyataan itu.

Rumah Putih hari ini menge­luarkan pula kenyataan rasmi yang mengutuk semua bentuk keganasan termasuk kumpulan neo-Nazi dan Ku Klux Klan.

Pada Sabtu lalu, ketika ditanya oleh wartawan adakah beliau akan menyokong nasionalisis kulit putih, Trump tidak memberi sebarang reaksi dan menyebabkan orang ramai menjadi marah.

Keganasan yang berlaku memberi tekanan baharu kepada pentadbiran Trump untuk mengambil pendirian tegas terhadap segmen asas politiknya.

Sementara itu, anak perempuan Trump, Ivanka Trump juga telah mengeluarkan kenyataan melalui Twitter mengutuk insiden perkauman. – Agensi

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain