Sekolah Teknikal Lanxiang mewajibkan para pelajarnya bermain permainan itu bagi melatih mereka menjadi juara permainan tersebut dan menyertai in­dustri berkenaan yang semakin berkembang.

Jika dahulu golongan remaja yang terjebak dalam permainan itu hanya akan berkurung dalam bilik te­tapi permainan video tersebut kini mempunyai kejohanannya tersendiri.

Syarikat penyelidikan internet China, iResearch menganggarkan seramai 260 juta penduduk bermain permainan eSports atau menonton pertandingan itu di negara masing-masing dengan jumlah penonton di stadium mencecah ribuan orang dan lebih ramai yang menonton secara dalam talian.

Perkembangan permainan itu semakin pesat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan.

Firma penyelidikan pa­sa­ran, Newzoo menganggarkan industri eSports akan mencecah pula­ngan bernilai AS$906 juta (RM3.6 bilion) di seluruh dunia pada tahun ini, iaitu peningkatan 38.2 peratus berbanding tahun lalu ma­nakala China sahaja me­nunjukkan peningkatan 18 peratus.

Permainan video itu ki­ni menjadi acara sukan di sebanyak 910 universiti di seluruh negara Asia tetapi terdapat peningkatan pendidikan dalam bidang ini seperti di sekolah di Lanxiang yang mengajar kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam eSports.

Kira-kira 50 pelajar telah mendaftar untuk mengikuti kursus sulung eSports di sekolah berke­naan yang akan dilancarkan pada September ini.

Menurut Pengarah sekolah itu, Rong Lanxiang, pada mulanya ibu bapa menyangka eSports hanya permainan video biasa.

“Permainan eSports semakin ber­kem­bang pesat dan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Di sekolah berkenaan, para pelajar memfokus cara mempertajamkan kemahiran dalam permainan berkenaan.

Perlawanan video paling popular di dunia menerusi eSports ialah ‘League of Legends’ yang mengkhususkan perlawanan strategi apabila peserta berlawan dalam arena digital.

Kejohanan besar eSports mampu menarik ra­mai penonton dalam talian dan seperti kejohanan bola sepak atau tinju, peranan pengulas amat penting. – AFP