Lapor Maan News yang memetik beberapa orang sumber, tentera Israel berulang kali melempar bom gas pemedih mata ke arah pelajar Palestin yang sedang dalam perjalanan ke sekolah mereka.

Berpuluh-puluh pelajar dan guru sesak nafas akibat terhidu gas berkenaan dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk diberikan rawatan perubatan.

Selain itu, kakitangan sekolah memaklumkan, tentera Israel dengan senjata berat menggeledah sekolah dan mencetuskan panik dalam kalangan pelajar serta mengganggu sesi persekolahan.

Sekolah terjejas dikenalpasti sebagai Sekolah Rendah Lelaki Hebron, Sekolah Rendah Perempuan Khadija Bint Khuwaylid, Sekolah Lelaki Thou Nourain, Sekolah Perempuan al-Hajiriya dan Sekolah Lelaki Tareq Bin Zayed. - AGENSI