Lapor MSN.com, projek ber­ke­naan telah dimulakan sejak tahun lalu dan tanpa mengenal erti penat lelah, mereka berjaya menghasilkan khemah tersebut baru-baru ini.

“Mereka mempunyai sema­ngat jati diri yang kuat. Saya beranggapan pada mulanya, ada antara mereka akan berputus asa namun sebaliknya berlaku.

“Kesemua mereka bekerja ke­ras dan tidak berputus asa serta sangat teruja ketika menjalankan projek itu,” kata penyelia projek berkenaan merangkap guru Matematik di sekolah tersebut, Violet Mardirosian.

Selain itu, sebagai penduduk yang datang dari komuniti berpendapatan rendah, mereka me­­lihat masalah gelandangan sebagai isu sosial utama untuk diselesaikan.

Malah, ada antara mereka berasal dari keluarga imigran dan mengharapkan projek dibangunkan itu mampu menyelesaikan masalah pelarian serta gelanda­ngan kelak.

Seorang pelajar yang terlibat dalam projek berkenaan, Maggie Mejia, 17, berkata, mereka juga menonton rakaman video dan buku bagi mempelajari cara-cara pembangunan sesuatu prototaip ketika penghasilan khemah berkenaan ekoran tiada pengalaman dalam bidang kejuruteraan.

“Saya mempelajari cara untuk membantu orang ramai, komuniti dan menunjukkan kehidupan lebih baik kepada orang lain serta membantu mengubah nasib mereka,” kata Mejia.