Ini susulan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan lawatan ke reaktor atom rahsia Israel pada bulan lalu untuk memberi amaran kepada musuh-musuh Israel bahawa mereka mempunyai niat untuk memusnahkan musuhnya.

“Anggota PBB tidak boleh menutup mata terhadap ancaman ini dan mesti mengambil langkah tegas untuk menghapuskan semua senjata nuklear Israel,” jelas Duta Iran ke PBB, Gholamali Khishrou dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) seperti dipetik agensi berita Fars.

Khishrou meminta PBB memaksa Israel untuk menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan meletakkan program nuklearnya di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Israel yang tidak menganggotai NPT, tidak mengesahkan atau menafikan memiliki senjata nuklear selain sedang cuba melobi kuasa dunia mengikuti Amerika Syarikat (AS) untuk keluar daripada perjanjian 2015 bersama Iran yang menutup keupayaan nuklear republik itu sebagai balasan mengelak sekatan.

Israel melihat perjanjian itu kurang mencukupi untuk memastikan Teheran tidak akan memiliki senjata nuklear mengikut perjanjian NPT pada 1970, walaupun Teheran menafikannya. – REUTERS