Dalam indeks yang diterbitkan oleh firma Henley & Partners, pemegang pasport Malaysia boleh melakukan perjalanan ke 179 negara tanpa visa.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke-10 dengan menawarkan akses kepada 180 negara.

Dalam laporan itu, Jepun sekali lagi mengekalkan kedudukan teratas yang meletakkan pasport negara itu sebagai dokumen perjalanan paling berkuasa di dunia bagi tahun ini, diiikuti Singapura dan Korea Selatan dengan akses 189 buah negara.

Indeks Pasport Henley adalah kedudukan semua pasport negara dunia berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi rakyat masing-masing tanpa visa- AGENSI