Menurutnya meskipun kerajaan junta meminda perlembagaan bagi kelebihan kepada mereka, rakyat membuat pilihan berdasarkan harapan mereka untuk masa depan negara.

“Future Forward belum membuat keputusan bagi pakatan dengan parti lain membentuk kerajaan,” katanya kepada Thai Rath TV.

Parti itu yang diasaskan pada Mac tahun lalu jelas menentang kepada pemerintahan tentera yang bermula dengan rampasan kuasa pada 2014. - AGENSI