Menurut kenyataan laman web Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Palestin tidak akan menghadiri mesyuarat di Manama itu.

“Ini merupakan pendirian kolektif Palestin dari Presiden Mahmud Abbad dan Jawatankuasa Eksekutif PLO kepada semua pergerakan politik, sektor swasta dan masyarakat awam,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, White House mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penganjur bersama persidangan itu memfokuskan aspek ekonomi dalam pelan keamanan Israel-Palestin oleh Presiden Donald Trump pada 25 dan 26 Jun nanti. - AFP