Al-Jazeera melaporkan, Friedman yang merupakan penyokong kuat penempatan haram Israel menyatakan rejim Zionis berhak merampas sebahagian kawasan Tebing Barat semasa temubual bersama New York Times, kelmarin.

Kementerian itu dalam kenya­taan akhbar berkata, pihaknya mengutuk kenyataan Friedman dan menggambarkan beliau sebagai ‘ancaman kepada keamanan dan keselamatan rantau ini’.

Katanya, perkataan digunakan Friedman adalah ‘tambahan’ kepada dasar pentadbiran AS yang berat sebelah dan menyebelahi rejim Zionis serta dasar penjajahannya.

“Apakah alasan yang menjustifikasi logiknya kenyataan Friedman bahawa Israel mempunyai hak untuk merampas sebahagian Tebing Barat?

“Undang-undang antarabangsa melarang rampasan tanah de­ngan kekerasan,” jelas kenyataan itu, semalam.

Sementara itu, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Ab­dul­rahman al-Thani berkata, tiada kesinambungan antara Pa­les­tin dan Amerika berhu­bung pelan damai AS dengan memberi amaran bahawa penyelesaian tidak boleh dikenakan ke atas Palestin.

“Pendirian kami kekal teguh, bahawa kami menyokong sebarang rancangan yang akan dipersetujui rakyat Palestin.

“Ia tidak boleh menjadi penyelasaian seperti yang dikenakan ke atas rakyat Palestin, tiada negara dalam dunia Arab boleh mene­rimanya,” jelasnya.

Tambah Sheikh Mohammed, jika pelan itu ditolak salah satu pihak, ini bermakna rancangan itu sama ada tidak adil atau rea­listik. – AGENSI