Nabiel Abu Rudeineh menyifatkannya sebagai ‘kesinambungan pendekatan bermusuhan pentadbiran AS terhadap penduduk Palestin dan bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, perubahan itu adalah sebahagian daripada rancangan Presiden Donald Trump untuk ‘membubarkan’ kedudukan Palestin.

Dalam laporan hak asasi manusia yang diterbitkan semalam, AS merujuk kepada Bukit Golan sebagai ‘dikuasai Israel’ berbanding dengan ‘pendudukan Israel’. - AFP