Trump semalam mengumumkan Bolton, bekas duta besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantikan jeneral HR McMaster.

Bolton dikenali kerana sokongannya yang kuat terhadap Israel dan permusuhan terhadap Iran.

Beliau sebelum ini turut berkata idea bagi penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin sudah mati.

Ashrawi berkata, lelaki ini mempunyai sejarah panjang permusuhan terhadap rakyat Palestin terutama ketika bertugas di PBB yang melindungi kekebalan Israel. - AFP