Pemimpin PPRP, Uttama Savanayana berkata, perbincangan dan rundingan masih lagi berjalan termasuk dengan parti-parti kecil.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama pihak-pihak berkenaan.

“Kami masih belum memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu. Kami akan maklumkan (kerajaan campuran baharu) apabila tiba masanya.

“Kami yakin untuk membentuk kerajaan selepas ini dengan lebih 250 daripada 500 kerusi di Dewan Rendah,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) mengumumkan keputusan pilihan raya umum pada 24 Mac lalu yang telah lama tertangguh, bagaimanapun tiada pihak yang jelas memenangi pilihan raya itu bagi membentuk kerajaan. – BERNAMA