Leftenan Jeneral Zaheer-ul-Islam, yang menyertai program latihan di AS, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai komander V Corps, satu daripada cabang utama tentera yang berpangkalan di Karachi.

"Amat penting bagi seseorang yang profesional meneraju badan ini terutamanya ketika tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sudah berundur dari Afghanistan," kata penganalisis tentera, Talat Masood.

Islam mengambil alih jawatan tersebut daripada Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha yang dilantik pada 2008 hingga 2010, berikutan persaraannya pada 18 Mac ini.

Sementara itu, pegawai rasmi AS berkata, pelantikan tersebut diharap mampu meneruskan kerjasama dengan negara ini dalam usaha menentang keganasan. - REUTERS