Pihak Berkuasa Pengawal seliaan Media Elektronik (PEMRA) dalam kenyataan mengeluarkan amaran agar program berunsur feminist dan kurang bermoral tidak ditayangkan di saluran televisyen tempatan.

“Penayangan babak-babak berunsur seksual dan kurang bermoral dalam drama-drama tempatan mengakibatkan ketidakselesaan, justeru mencetuskan aduan daripada penonton,” katanya.- AFP